NUR SABIHAH ZAINUDDIN

FREELANCE WRITER.RADIOGRAPHER.

Location icon Malaysia

Saya, Nur Sabihah Zainuddin bekerja sepenuh masa sebagai Juru X-Ray di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia , dan juga merupakan penulis ‘freelance’ dalam bidang kewangan dan hartanah. Artikel karya saya pernah diterbitkan oleh blog Kaki Property berkaitan dengan bidang hartanah. Penulisan saya yang diterbitkan setakat ini adalah dalam bahasa Melayu dan saya juga terbuka dan tidak menjadi masalah jika penulisan dalam bahasa Inggeris juga diperlukan. Saya juga mempunyai pengetahuan asas tentang SEO berdasarkan pengalaman sebagai penulis artikel.

Artikel saya lebih kepada pendekatan secara santai dan humor dengan menggunakan‘meme’ sebagai salah satu cara menarik generasi muda. Walaupun saya tidak mendapat sebarang latihan khusus dalam bidang penulisan, saya terbuka untuk sebarang latihan yang tidak menganggu komitmen masa kepada kerja hakiki saya

Portfolio
Direct Lending
03/01/2019
Beli Rumah Dengan Gaji Bawah RM 3 ribu? Ini Caranya! - Direct Lending

Pembelian rumah sering menjadi isu yang hangat di kalangan generasi muda sekarang kerana ramai yang menganggap perkara ini mustahil dan tidak mampu dilakukan disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa. Jangan sesekali mencipta alasan sebelum kita berusaha sepenuhnya. Buktinya, penulis sendiri telah berjaya membuat pembelian rumah pelaburan pertama pada usia 24 tahun dengan gaji bawah RM 3 ribu pada tahun 2018.

iproperty.com.my
04/01/2019
Insurans pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda? Ini jawapannya! - iproperty.com.my

Bagaimana pula dengan insurans untuk pinjaman perumahan? Seringkali terjadi, anda melanggan pelbagai pelan insurans yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans, tetapi kurang memahami tujuan dan kepentingan setiap pelan insurans yang ditawarkan. Apabila membuat pinjaman perumahan dengan bank, anda perlu mempunyai pelan insurans bagi melindungi rumah anda sekiranya berlaku kematian atau kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal (Total Permanent Disability) yang menyebabkan anda tidak...

iproperty.com.my
03/26/2019
5 kesilapan utama anda sebagai tuan rumah - iproperty.com.my

Memiliki rumah sewa sebagai salah satu aset pelaburan yang boleh menjana pendapatan tambahan merupakan impian setiap pelabur hartanah dan tuan rumah. Walaupun bagaimanapun, pelaburan hartanah dalam pasaran sewa boleh memberi kerugian besar kepada anda jika dilakukan tanpa panduan dan ilmu yang betul!

HASIL KARYA

KakiProperty
01/02/2019
Rumah masih dalam pembinaan, dah kena bayar?

Rumah masih dalam pembinaan, dah kena bayar? Rumah tak siap, dah kena bayar duit? Bagi pembeli rumah 'undercon', anda wajib ketahui terma 'progressive Rumah masih dalam pembinaan, dah kena bayar? Ambil tahu sebab anda perlu membayar walau rumah masih dalam pembinaan!

KakiProperty
06/12/2018
Bahaya Beli Rumah Sebelum Ada 4 Asas Ini!

Jangan sesekali beli rumah kalau tak ada 4 asas ni. Bahaya! Kalau 4 perkara asas ni pon korang tak dapat buat, jangan berani nak membeli rumah ye! Bukannye sis nak marah korang beli rumah, sis nak pastikan korang buat persediaan yang betul sebelum menempuh onak ranjau kehidupan. Cewah.

KakiProperty
05/14/2018
Projek ECRL, Permata Baru Bersinar di Pantai Timur?

Korang mesti dah terbiasa terbaca dan terdengar tentang projek LRT, dan MRT kan? Tahukah korang tentang satu lagi projek mega yang sedang giat dibina di Malaysia sekarang iaitu ECRL. Projek ini merupakan peluang baru bagi aktiviti pelaburan di pantai timur yang dulunya lebih tertumpu di pantai barat.

Facebook icon