HIMPUNAN CERPEN KLISE
Sediakan popcorn atau kopi panas untuk menghayati cerita biasa yang mencuit hati, meramas emosi malah menimbulkan tanda tanya.
Memperagakan kecantikan bahasa dan sastera dalam ruang lingkup sosiologikal dan psikologikal.
Hubungi : [email protected] atau boleh taaruf dengan penulisan di https://azieychampaaa.wordpress.com/
Sediakan popcorn atau kopi panas untuk menghayati cerita biasa yang mencuit hati, meramas emosi malah menimbulkan tanda tanya.
Di sini kuhimpunkan anekdot dan cerpen yang kutulis saat disapa ilham, kadang-kadang jua tanda tribut dan rindu kukenangkan nama insan istimewa pada ringkas anekdot dan cerpen.
Oleh Aziey Champa Menjengah bacaan berat sekali sekala membuat kita mempertimbang kepercayaan dan pendirian - itulah yang berlaku pada saat aku menekuni sepotong dua hantaran muka buku yang dikarang cukup rencah oleh penulis holistik Regina Ibrahim. Beliau merupakan transnita dan berkecimpung dalam dunia serba kelabu iaitu transgender.
Oleh Aziey Champa Aku mengumpamakan diriku sebagai seseorang yang sedang belajar mengenali susur galur sendiri - rasa dekat namun jauh. Hidup pada awal 20-an menghimpit kesempatan untuk aku merasai keakraban bersilaturrahim dengan karya-karya Shahnon Ahmad. Terhadnya pendedahan terhadap karya-karya magis beliau serta jurang antara generasi benar-benar mewujudkan ketidakpedulian aku tentang karya lama yang hangat diperkata.
Oleh Aziey Champa Di hujung talian, di hujung pengharapan dan di hujung nafas perhambaan - siapa-siapa saja mampu menyalahkan tuhan apabila warna takdirnya lebih gelap dan kelam dibandingkan dengan kenalannya. Pada satu detik juga, dapat disamaertikan dengan khayalan dalam berperasaan - gelombang kecewa, sedih, putus asa, kehilangan dan kemiskinan bersatu menumbuhkan jalan buntu dan rasa tidak bertuhan.
Makalah ini merupakan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui majalah Tunas Cipta dan Dewan Bahasa. Antara penerbitan tersebut termasuklah Cerpen Sehingga Tuhan Mengizinkannya dan Akhirnya kita bersua. Sementalah, puisi Hantaran Kenangan dan Dia, tengah-tengah kefanaan turut diterbitkan bersama oleh Aziey Champa.
Menjengah sepotong dua penulisan puisi ringan oleh Aziey Champa. Baginya, satu ruang berekspresi, menulis dan memberi nama pada perasaan-perasaan.